
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM55,000.00 dalam Akaun I melaburkan sendiri sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Kelayakan MemohonAnda layak memohon sekiranya anda adalah:
Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP;
- Warganegara Malaysia; atau
- Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
- Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
- Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi RM50,000.00 di dalam Akaun I.
Kekerapan Pengeluaran
Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun I (haruslah melebihi RM55,000).

Sila Klik Gambar utk lihat dengan lebih jelas.

No comments:
Post a Comment